Program KDB,Advokasi serta Pengenalan asas ICT
10 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2019 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan pgrogram KDB dan juga Advokasi di Bilik Latihan Pusat Internet Jerijeh. Program ini bertujuan sebagai nasihat kepada murid dan juga pelajar supaya sentiasa berhati-hati semasa berkongsi sesuatu di media sosial. Zaman teknologi yang terlalu maju kini menyebabkan ramai terpesong daripada objektif asal terciptanya media sosial. Ramai gemar berkongsi sesuatu yang tidak bermanfaat malah merugikan diri sendiri. Oleh yang demikian, kami sebagai staf Pusat Internet memberi sedikit sebanyak memberi penjelasan akibat buruk bekongsi maklumat yang tidak sahih di laman sosial.
Program yang berlangsung sekitar Jam 8.30 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit tayangan Advokasi E-waste. Sebarang pembuangan barang-barang elektronik digalakkan untuk dikumpulka di Pusat Internet terdekat.Selain itu, sebagai pengenalan kepada ICT, kami juga memberi taklimat ringkas berkenaan komponen-komponen asas komputer Program tamat pada sekitar pukul 12:30 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: